Abd Azeez jawab dakwaan Mujahid 11 pagi nanti

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini di lobi Parlimen.

Sidang media tersebut berkaitan isu hibah TH yang dibangkitkan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Semalam, Mujahid mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Menurutnya, pendedahan itu diperoleh hasil siasatan dan audit oleh syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC).

[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion, langgar akta TH 1995]

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!