Karnival Anak Kelantan bantu perjelas dasar kerajaan negeri

Mohd Amar semasa ucapan penutupan Karnival Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Bangi Convention Centre pada Sabtu.
Mohd Amar semasa ucapan penutupan Karnival Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Bangi Convention Centre pada Sabtu.
A
A
A

BANGI - Karnival Anak Kelantan di Perantauan diharap dapat menjelaskan dasar, program dan usaha kerajaan negeri sepanjang lebih 30 tahun memerintah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya turut mengharapkan karnival itu dapat menghasilkan natijah atau keputusan yang diharapkan untuk kebaikan semua pihak.

“Daripada dua soal jawab Chit Chat Mahasiswa dan Dialog Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri, kita harap boleh menjelaskan dasar-dasar, program-program dan usaha-usaha kerajaan negeri Kelantan selama 32 tahun kita memerintah.

“Insya-ALLAH dengan sokongan semua pihak, kerajaan negeri Kelantan boleh terus melaksanakan agenda Membangun Bersama Islam dengan lebih mantap dan baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penutupan Karnival Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Bangi Convention Centre di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Amar ketika ditemui Sinar Harian menjelaskan, karnival itu merupakan acara tahunan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

“Cuma dalam tempoh dua tahun yang lepas ini, kita terhenti kerana Covid-19. Jadi, tahun ini alhamdulillah kita boleh mulakan balik dengan beberapa siri.

“Sebelum ini kita buat pertemuan dengan pelajar dan negeri-negeri (lain) juga ada (pimpinan) turun. Ini di peringkat untuk negeri Selangor,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!