Syed Saddiq muktamad status kerusi Muar Rabu ini
PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka akan memuktamadkan keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau tidak pada Rabu ini.
Menurutnya, pengumuman itu akan diseiringkan mengenai status pendakwaannya di mahkamah baru-baru ini.
"Untuk status kerusi di Muar, nantikan pengumuman pada Rabu hadapan.
"Sama juga bagi status di mahkamah, saya orang yang percaya pada undang-undang dan sangat hormati institusi kehakiman.
"Saya juga ingin ingatkan kepada para penyokong Muda, beri penghormatan tertinggi kepada institusi kehakiman, berani kerana benar," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon Muda di Ibu Pejabat Muda di sini pada Sabtu.
Dalam majlis itu, Muda mengumumkan tiga calon bakal bertanding di kubu kuat BN iaitu Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang dan Tanjung Piai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!