De Bruyne barakan semangat Manchester City ke puncak

De Bruyne diasak pemain tengah Leicester City, Nampalys Mendy ketika Manchester City berkunjung ke Stadium King Power berdepan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Foto AFP
De Bruyne diasak pemain tengah Leicester City, Nampalys Mendy ketika Manchester City berkunjung ke Stadium King Power berdepan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City, 1-0 di Stadium King Power pada Sabtu.

Bagaimanapun anak buah Pep Guardiola bergelut mencari gol pada separuh masa pertama berikutan kecemerlangan benteng terakhir The Foxes, Danny Ward cemerlang apabila menafikan deretan percubaan rangkaian İlkay Gündogan, Rodri, Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva yang mengasak kubu The Foxes.

Bagaimanapun selepas rehat,The Citizens mendapat sepakan percuma yang disempurnakan De Bruyne pada minit ke-49’.

Anak buah Brendan Rodgers berpeluang menyamakan kedudukan menerusi voli Youri Tielemans, namun dinafikan kecemerlangan Ederson.

Manchester City tampil ke Leicester tanpa khidmat penyerang sensasi Erling Haaland yang masih demam dan belum sembuh kecederaan.

Tiga mata itu menyaksikan Manchester City mengumpul 29 mata selepas mengharungi 12 perlawanan - lebih satu mata mengatasi Arsenal yang kurang satu perlawanan.

Arsenal kelab London kendalian Mikel Arteta akan melayan kunjungan kelab bawahan liga, Nottingham Forest di Stadium Emirates.

Untuk rekod, Nottingham Forest mencipta sensasi sebelum ini apabila menewaskan gergasi Inggeris Liverpool, 1-0 di City Ground pada 5 November lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!