186 kawasan berisiko kepala air ditutup mulai November

Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan. - Gambar hiasan
Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Jabatan Mineral dan Geosains sudah memberi amaran supaya penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti rekreasi pada musim tengkujuh di kawasan terbabit.

“Saya dimaklumkan peristiwa kepala air akan berlaku dalam tempoh 30 tahun seperti kejadian di Baling, Kedah," katanya kepada pemberita selepas Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Abdul Wahid Abu Salim.

Beliau turut memberitahu, lokasi berisiko yang akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!