India juara Piala Sultan Johor

Pemain India, Pal Ankit (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Australia, Symss Trent pada perlawanan akhir Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, pada Sabtu. -Foto Bernama
Pemain India, Pal Ankit (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Australia, Symss Trent pada perlawanan akhir Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, pada Sabtu. -Foto Bernama
A
A
A

INDIA mencipta sensasi apabila muncul juara Piala Sultan Johor 2022 selepas menjinakkan Australia 5-4 menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar di Stadium Hoki Taman Daya, pada Sabtu.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian CR Kumar terlebih dulu di depan apabila gol padang Sudeep Chirmako menewaskan penjaga gol Australia, Jed Snowden pada minit ke-14.

Bagaimanapun Australia dibarakan Jay Stacy kembali menyamakan kedudukan hasil gol padang Jack Holland menewaskan penjaga gol India, Shashikumar Mohith Honnenahalli.

Pencapaian di edisi ke-10 yang menyaksikan India tampil dengan reputasi naib juara edisi kesembilan menebus kehampaan 2019 sekali gus mengulangi pencapaian 2013 dan 2015.

Untuk rekod, Piala Sultan Johor diperkenalkan pada 2011 sebelum ini ditangguhkan selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

Sementara itu, penyandang juara sebelum ini Britain menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam perlawanan terdahulu.

Gol anak buah Jon Bleby dijaringkan Fraser Heigh (2’), James Valley (5’) dan Jamie Golden (50’), manakala jaringan saguhati Jepun kendalian Hiroki Watanabe dijaringkan kapten pasukan, Ikumi Saek.


PIALA SULTAN JOHOR 2022 EDISI 10

Artikel Berkaitan:


Perlawanan Akhir

Australia 1 - 1 India

* India menang penentuan penalti 5-4

Tempat ketiga keempat

Britain 3 -1 Jepun

Tempat kelima keenam

Malaysia 2 - 3 Afrika Selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!