Potter diaibkan Brighton di Stadium Amex

Havertz dan Potter selepas wisel penamat perlawanan EPL antara Brighton menentang Chelsea di Stadium Amex pada Sabtu. Foto: AFP
Havertz dan Potter selepas wisel penamat perlawanan EPL antara Brighton menentang Chelsea di Stadium Amex pada Sabtu. Foto: AFP
A
A
A

KEPULANGAN Graham Potter ke Brighton & Hove Albion bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Chelsea dibelasah 1-4 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman The Seagulls pada Sabtu.

Potter meninggalkan Brighton untuk menggantikan jurulatih Thomas Tuchel di Chelsea bulan lalu, kembali ke pantai selatan untuk berdepan bekas majikannya buat kali pertama lengkap dengan rekod tanpa kalah sembilan perlawanan dalam semua pertandingan di kelab London tersebut.

Tetapi tuan rumah membuat permulaan cemerlang di Stadium Amex menentang anak buah Potter apabila mendahului pada minit kelima minit menerusi jaringan Leandro Trossard.

Brighton kemudian melebarkan kedudukan apabila Ruben Loftus-Cheek meledak jaringan sendiri pada minit ke-14’.

Trevoh Chalobah kemudian menjadikan kedudukan 3-0 untuk Brighton selesa mendahului babak pertama.

Chelsea bermula dengan baik selepas rehat dan bangkit tiga minit memasuki separuh masa kedua menerusi tandukan Kai Havertz pada minit ke-48’

Pascal Gross pula melengkapkan hari derita The Blues apabila meledak jaringan keempat pada minit ke-92.

Tiga mata di laman sendiri merupakan kemenangan pertama pengganti Potter, Roberto De Zerbi, melonjakkan Brighton ke tangga ketujuh dalam kedudukan liga, manakala Chelsea kekal di tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!