Warga emas rentung rumah terbakar
HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Dato Harun di sini pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Wong Ah Liew berusia 70-an ditemukan dalam bilik rumah terbabit.
"Seramai 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, Sentosa dan Rawang bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.35 malam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Norazam berkata, semasa kejadian terdapat tiga orang di dalam rumah.
"Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B musnah terbakar 70 peratus, punca punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!