YBR bantu 400 pelajar IPT Pantai Timur

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan mencemar duli menerima mock cheque berjumlah RM100,000 untuk pelajar UniSZA yang diserahkan Syaiful Rizal (dua dari kiri).
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan mencemar duli menerima mock cheque berjumlah RM100,000 untuk pelajar UniSZA yang diserahkan Syaiful Rizal (dua dari kiri).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan sumbangan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebanyak RM400,000 kepada empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pantai Timur.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan tersebut memberi manfaat kepada 400 pelajar dari keluarga B40 yang dapat menyambung pengajian di IPTA terlibat di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Menurutnya, empat IPTA tersebut adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Penerima BAP adalah dari keluarga berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta pelajar semesta satu hingga semester tiga.

“Setiap dari mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi meringankan beban membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan mencemar duli menerima mock cheque berjumlah RM100,000 untuk pelajar UniSZA.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, program BAP berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dan perbincangan YBR bersama 18 IPT terpilih di seluruh negara.

Katanya, BAP bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar supaya dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Bantuan ini diharap dapat melahirkan pelajar lebih komited, berkualiti, mampan dan mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa panjang.

“Sepanjang tahun ini, YBR telah memperuntukkan RM2.37 juta dalam bidang pendidikan yang memberi manfaat kepada 3,012 mahasiswa dan mahasiswi dari berbilang agama serta kaum,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!