Ibu, anak maut kemalangan
KUALA PILAH - Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Teraci, Tanjung Ipoh pada awal pagi Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 11, Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan Kuala Pilah dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira terbabas.
"Terdapat sebuah keluarga iaitu seramai lima orang mangsa, bagaimanapun isteri dan seorang anak telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, manakala mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan.
"Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak polis," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!