Biden undi awal pilihan raya separuh penggal

Joe Biden. - Foto Reuters
Joe Biden. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengundi awal dalam pilihan raya separuh penggal (mid term) di pusat mengundi di negeri kelahirannya Delaware pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pilihan raya itu akan diadakan pada 8 November dan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan AS dan 35 daripada 100 kerusi Senat akan dipertandingkan.

Selain itu, 39 pilihan raya gabenor negeri dan wilayah serta pilihan raya negeri dan tempatan lain turut akan dipertandingkan.

Lebih 20 juta orang telah mengundi setakat ini, menurut data Projek Pilihan Raya AS.

Sebanyak 71 peratus pengundi berpendapat AS menuju ke arah yang salah berbanding 20 peratus berkata ia berada di landasan yang betul, menurut analisis NBC News yang dikeluarkan awal bulan ini.

Sebanyak 81 peratus daripada Demokrat percaya agenda Parti Republikan menimbulkan ancaman dan jika tidak dihentikan ia akan memusnahkan Amerika.

Sementara itu, 79 peratus Republikan berpandangan sama mengenai agenda Parti Demokrat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!