Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

‘Abang bomba’ dapat upah RM3,000 seludup ketum

30 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Dua termasuk seorang anggota bomba ditahan dipercayai menerima upah RM3,000 bagi menyeludup 850 kilogram daun ketum menggunakan van pasukan di Jeli, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Anggota bomba berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama rakannya yang berusia 35 tahun pada jam 10.34 pagi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin berkata, sebelum itu, mereka yang lengkap beruniform pasukan bomba menaiki sebuah van berwarna merah dan berlogo tulisan bomba melintasi Sekatan Jalan Raya di Batu Melintang di sini dalam keadaan mencurigakan.

Artikel

#BeritaSemasa #SinarHarian