'Kami mahu tamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit'

Pemain Kuching City, Mohamad Alif Hassan (dua dari kanan) raikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia, menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, baru-baru ini. - Foto Bernama (Gambar kecil: Irfan Bakti)
Pemain Kuching City, Mohamad Alif Hassan (dua dari kanan) raikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia, menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, baru-baru ini. - Foto Bernama (Gambar kecil: Irfan Bakti)
A
A
A

KUCHING City tekad menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit dengan noktah kemenangan menjelang perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia menentang Penang FC.

Malah, pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim yakin misi besar itu mampu direalisasikan memandangkan pemain-pemain kelab tersebut kini berada dalam momentum terbaik, selain kelebihan beraksi di Stadium Negeri, Kuching.

“Saya mahu perlawanan esok (Isnin) ditamatkan dalam tempoh 90 minit. Kalau extra time nanti, pasti akan memenatkan pemain.

“Bagi saya, ia bukanlah satu yang mustahil kerana moral pemain berada pada tahap terbaik selepas perlawanan menentang Penang FC sebelum ini.

“Kalau mereka boleh beraksi dalam keadaan sama dan lebih tajam di hadapan gol, pasukan mampu mara pusingan seterusnya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia sebelum ini, Kuching FC mencipta kejutan apabila mengikat Harimau Kumbang kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid, 2-2 di Stadium Bandaraya.

Sementara itu, Irfan Bakti juga gembira apabila pemain-pemain Kuching City bebas kecederaan dan tidak digantung perlawanan.

Biarpun begitu, beliau mengakui tetap waspada berdepan trio import Penang FC yang mampu meranapkan impian Kuching untuk mara ke pusingan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, setakat ini pemain saya bebas kecederaan dan tiada antara mereka digantung daripada beraksi dalam perlawanan menentang Penang FC.

“Meskipun sedikit lega tetapi kami tetap berwaspada dengan ancaman Penang FC nanti terutama trio import mereka.

"Jadi, saya harap pemain mengikuti arahan yang diberikan sepanjang perlawanan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!