Kunci kemenangan sudah jelas

Kajian awal oleh Ilham Centre sebelum pembubaran Parlimen mendedahkan kira-kira 4.5 juta pengundi terutama orang muda belum memutuskan gabungan parti politik mana bakal dipilih pada PRU15 nanti. Gambar kecil: Hisomuddin
Kajian awal oleh Ilham Centre sebelum pembubaran Parlimen mendedahkan kira-kira 4.5 juta pengundi terutama orang muda belum memutuskan gabungan parti politik mana bakal dipilih pada PRU15 nanti. Gambar kecil: Hisomuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kajian awal oleh Ilham Centre (Ilham Centre) sebelum pembubaran Parlimen mendedahkan sebanyak 21 peratus atau kira-kira 4.5 juta pengundi terutama orang muda di Malaysia, belum memutuskan gabungan parti politik mana bakal dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Golongan pengundi atas pagar yang dikenali sebagai undecided voters atau floating voter itu lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat, sebelum membuat keputusan akhir sama ada akan mengundi Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA) atau parti lain pada PRU15 nanti.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, kajian itu juga mendapati golongan atas pagar secara konsisten menolak dan mengelak untuk menjawab soalan kaji selidik secara tuntas dan berpihak kepada mana-mana parti apabila ditanya mengenai perkembangan isu politik yang melanda negara ketika ini.

Hisommudin berkata, majoriti responden lebih suka memilih jawapan selamat seperti tidak pasti dan tidak tahu apabila ditanyakan soalan berkaitan politik.Bagaimanapun, Hisommudin berkata, jumlah pengundi atas pagar biasanya menjadi semakin mengecil bermula dari hari penamaan calon hingga hari pengundian.

"Golongan ini juga akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk memilih mana-mana gabungan parti politik dan calon serta turun mengundi. Antaranya apa tawaran atau jaminan diberikan berkaitan kepentingan mereka.

"Sebab itulah dalam kajian dibuat Ilham Centre, kami meletakkan indikator apakah 'selera' dan kehendak pengundi terbanyak mengikut keutamaan mereka.

"Antara perkara yang menjadi keutamaan atau kehendak golongan pengundi atas pagar ialah mereka mahu melihat pemulihan ekonomi, pengukuhan pendapatan isu rumah, peningkatan peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang boleh diatasi sesuai dengan kemampuan mereka.

"Jadi semua elemen berkenaan akan diambil kira dan dinilai oleh pengundi atas pagar sebelum mereka membuat pilihan parti mana bakal menjadi kerajaan Persekutuan selepas PRU15 nanti," katanya kepada Sinar Premium.

Artikel Berkaitan:

Kajian yang dijalankan Ilham Centre.
Kajian yang dijalankan Ilham Centre.

Hisommudin berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada golongan atas pagar akan kekal menjadi penentu utama kepada gabungan parti yang bakal diberikan mandat pada PRU15.

ARTIKEL BERKAITAN: 43 peratus akan buat keputusan saat akhir

Ini kerana tinjauan awal PRU15 oleh Ilham Centre menerusi kaji selidik membabitkan 1,622 responden mulai 1 Ogos hingga 30 September lalu, menunjukkan terdapat 21 peratus pengundi masih belum membuat keputusan sama ada mereka mahu menyokong BN, PN, PH atau GTA pada PRU15.

Kajian itu juga mendapati biarpun BN mendahului sokongan dengan 35 peratus, diikuti PH 18 peratus, PN (12 peratus) dan lain-lain (15 peratus), namun terdapat 21 peratus golongan pengundi atas pagar dan orang muda yang sedia direbut dan menjadi penentu kemenangan.

Kajian itu juga menunjukkan majoriti pengundi Melayu masih menyokong BN (46 peratus); diikuti PN (16 peratus); PH (13 peratus), belum buat keputusan (17 peratus) dan lain-lain (8 peratus).

Majoriti pengundi Cina pula kekal menyokong PH (38 peratus), diikuti BN (20 peratus); PN (6 peratus); belum membuat keputusan (23 peratus), lain-lain (14 peratus) dan PN (6 peratus).

ARTIKEL BERKAITAN: Majoriti pengundi Cina pilih PH

Selain itu, majoriti pengundi India pula masih setia dengan BN (35 peratus); diikuti PH (29 peratus), belum membuat keputusan (22 peratus), lain-lain (7 peratus) dan PN (6 peratus).

Kajian berkenaan juga menunjukkan pola sokongan pengundi bandar terhadap BN dan PH hampir seimbang iaitu masing-masing 27 dan 26 peratus; diikuti belum membuat keputusan 23 peratus; lain-lain (13 peratus) dan PN (12 peratus).

Dalam pada itu, Hisommudin berkata, majoriti pengundi muda sekarang mendapatkan maklumat terkini isu semasa menerusi saluran media baharu seperti portal berita, Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram, selain media televisyen dan akhbar.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!