Tandukan peluru Rashford tenggelamkan West Ham United
TANDUKAN separuh masa pertama daripada Marcus Rashford, gol ke-100 bintang England itu untuk Manchester United dalam semua pertandingan sudah cukup untuk membolehkan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menang 1-0 ke atas West Ham United di Stadium Old Trafford.
Selepas memulakan perlawanan dengan perlahan, United bangkit pada minit ke-38 apabila Rashford melakukan tandukan peluru ke gawang The Hammers pimpinan David Moyes apabila menterjemahkan hantaran lintang Christian Eriksen untuk memberi pendahuluan kepada pasukan tuan rumah.
Penyerang veteran Cristiano Ronaldo, yang hanya membuat permulaan liga ketiganya musim ini, mensia-siakan peluang keemasan untuk menggandakan pendahuluan United pada awal separuh masa kedua, merembat jauh dari kedudukan yang baik sebelum West Ham meningkatkan kedudukan.
Pelawat kemudiannya mengasak kubu United menyaksikan David de Gea melakukan penyelamatan dua kali untuk menafikan percubaan pemain gantian West Ham, Michail Antonio.
Penjaga gol Sepanyol itu sekali lagi cemerlang apabila menafikan percubaan tepat Declan Rice pada untuk mengekalkan kemenangan United yang membawa kelab itu melonjak kedudukan di atas Chelsea ke tangga kelima dalam kedudukan, satu mata di belakang Newcastle di tangga keempat.
Skuad asuhan Erik ten Hag akan bertandang ke Estadio Anoeta berdepan Real Sociedad bagi perlawanan Kumpulan E Liga Europa pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!