Strategi ampuh pacu Verstappen

Verstappen merangkul kejuaraan ke-14 musim ini. - Foto Agensi
Verstappen merangkul kejuaraan ke-14 musim ini. - Foto Agensi
A
A
A

STRATEGI ampuh Red Bull memacu juara dunia dua kali, Max Verstappen meraih kemenangan ke-14 musim ini dalam saingan Grand Prix (GP) Mexico musim ini.

Kombinasi permulaan pantas dan strategi tayar memainkan peranan penting buat pemandu berusia 25 tahun itu.

"Ia (pecutan awal) membantu saya untuk kekal di depan sepanjang perlumbaan.

"Kami juga mempunyai strategi berbeza dengan kereta-kereta lain - tetapi hasilnya memberangsangkan. Kelajuan kereta cukup bagus.

Red Bull bermula dengan tayar lembut dan bertukar ke medium - strategi yang membuahkan hasil terutama ke atas pesaing mereka, Mercedes.

"Kami terpaksa memberi tumpuan lebih terhadap tayar kerana menggunakan tayar medium agak lama.

"Suasana perlumbaan sangat menakjubkan dan kami suka datang ke sini. Ia tahun yang hebat setakat ini. Kami amat menikmatinya dan akan terus berusaha," ujar Verstappen.

Mercedes terpaksa bergelut ketika menukar tayar medium kepada keras.

Artikel Berkaitan:

"Kami tersilap hari ini (Isnin)," kata bos Mercedes, Toto Wolff.

Verstappen kini mengatasi rekod 13 kemenangan dalam semusim yang dipegang dua pelumba Jerman - juara tujuh kali Michael Schumacher dan juara empat kali Sebastian Vettel.

Kemenangannya di Austin sebelum ini mengesahkan kejuaraan sulung Red Bull dalam kategori pengeluar sejak tahun 2013.

Verstappen mengesahkan kejuaraan pemandu musim ini ketika GP Jepun pada 9 Oktober.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!