11 maut insiden rempuhan sebuah konsert di Congo

Stadium of Martyrs penuh sesak dengan pengunjung hingga melebihi kapasiti 80,000 orang. - Foto Kuluna Music
Stadium of Martyrs penuh sesak dengan pengunjung hingga melebihi kapasiti 80,000 orang. - Foto Kuluna Music
A
A
A
KIGALI (Rwanda) - Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk dua pegawai polis, terbunuh dalam rempuhan di sebuah konsert di Kinshasa, ibu negara Republik Demokratik Congo, lapor Agensi Andolu.

Insiden dilaporkan berlaku pada Sabtu di Stadium of Martyrs, menurut polis.

"Stadium of Martyrs penuh sesak dengan pengunjung hingga melebihi kapasiti 80,000 orang manakala beberapa orang turut menceroboh kawasan VIP.

"Sebanyak 11 kematian direkodkan manakala tujuh lagi cedera,” kata Ketua Polis Kinshasa Sylvano Kasongo kepada media pada Ahad.

Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini, pasukan keselamatan dilaporkan melepaskan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan orang ramai yang bertindak ganas di luar stadium. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!