Warga emas antara ditahan curi kenderaan, pecah rumah

Rahmat (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas hasil serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar Kangkar Pulai, Selesa Jaya dan Skudai.
Rahmat (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas hasil serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar Kangkar Pulai, Selesa Jaya dan Skudai.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Polis memberkas empat suspek berusia 24 hingga 62 tahun dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan sejak awal September lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek terbabit ditahan hasil serbuan di tiga lokasi berasingan di Taman Pulai Indah Kangkar Pulai, Bandar Selesa Jaya dan Skudai.

Menurutnya, bagi tangkapan pertama, polis menahan sepasang suami isteri di Taman Pulai Indah sebelum memberkas seorang lelaki di Bandar Selesa Jaya dan warga emas berusia 62 tahun di Skudai.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau melibatkan jenayah pecah rumah, curi kenderaan, samun, memiliki barang salah selain rekod kesalahan dadah.

“Suspek pertama (suami) memiliki 33 rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan dan isterinya (suspek kedua) memiliki satu rekod jenayah (curi kenderaan dan pecah rumah).

"Suspek ketiga memiliki 11 rekod lampau dan tujuh kes berkaitan dadah manakala suspek keempat mempunyai sembilan rekod lampau,” katanya pada sidang media di lobi IPD Iskandar Puteri, pada Isnin.

Rahmat (kanan) menunjukkan kereta dan motosikal yang dirampas.
Rahmat (kanan) menunjukkan kereta dan motosikal yang dirampas.

Ujar beliau setakat ini kesemua suspek ditahan reman sehingga Selasa dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 475 Kanun Keseksaan (pecah rumah) dan 379A Kanun Keseksaan (curi kereta),” katanya pada sidang media di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kenderaan jenis Naza Citra dan sebuah motosikal jenis Honda Wave dianggarkan bernilai RM30,000.

Jelas Rahmat, modus operandi yang digunakan kesemua suspek adalah dengan menekan loceng bagi memastikan ketiadaan penghuni di rumah disasarkan.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan dibuat selepas ini melibatkan suspek-suspek lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!