Cedera ditikam, Mari dibenarkan keluar hospital
PEMAIN Arsenal yang dipinjamkan ke Monza, Pablo Mari dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat ditikam dengan pisau di sebuah pasar raya di Itali baru-baru.
Perkembangan itu disahkan Monza dalam satu kenyataan pada Ahad sambil memaklumkan pemain itu masih perlu berehat.
“Pablo Mari telah keluar dari hospital pagi ini (Ahad), serta sudah pulang ke rumah dan kini sedang memulakan tempoh rehat panjang.
“AC Monza mengucapkan terima kasih kepada Profesor Osvaldo Chiara dan semua profesional Pusat Trauma Hospital Niguarda di Milan.
"Pablo, kami sedang menunggu kamu!,”kata kenyataan itu.
Mari sebelum ini merupakan salah seorang daripada beberapa mangsa yang diserang di pasar raya Carrefour di Assago, oleh seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi.
Dalam insiden tersebut, empat orang dialporkan cedera dan pelaku berusia 46 tahun ditahan polis, selepas senjatanya dirampas bekas pemain pertahanan Napoli dan Inter Milan, Massimo Taranto.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!