'Saya terima mana-mana kawasan' - Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung kedudukannya sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, keputusan senarai calon akan diumumkan BN tidak lama lagi.

"Tidak tahulah... Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan," katanya ketika sidang akhbar perkembangan kes Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini pada Isnin.

Khairy berkata demikian mengulas mengenai laporan bahawa beliau hampir pasti disahkan sebagai calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Sekiranya perkara itu benar, Khairy dijangka berdepan dengan Timbalan Ketua Penerangan I Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R Ramanan bagi menggantikan penyandangnya, R Sivarasa yang digugurkan.

BN dijadual mengumumkan senarai calon pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!