Bersatu sokong Wan Saiful tanding di Parlimen Tasek Gelugor

Azmi. Gambar kecil: Wan Saiful
Azmi. Gambar kecil: Wan Saiful
A
A
A

GEORGETOWN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tasek Gelugor menyokong sekiranya Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan diangkat menjadi calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua Bersatu Bahagian Tasek Gelugor, Azmi Alang berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam perbincangan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Oktober lalu.

Menurutnya, dalam perbincangan tersebut beliau menyatakan Bersatu Tasek Gelugor menyokong penuh cadangan untuk menamakan Wan Saiful sebagai calon walaupun pada awalnya namanya sendiri yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

"Namun kami bersedia memberi laluan dan menyokong Wan Saiful untuk membuka ruang bagi tokoh muda peringkat nasional yang berpotensi menjadi menteri kabinet untuk membawa kemakmuran kepada semua rakyat Tasek Gelugor.

"Bersatu Tasik Gelugor berjiwa besar kerana bukan sahaja menyokong sepenuhnya Wan Saiful, tetapi juga akan bekerja untuk memenangkan calon kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!