Kelantan FC ke suku akhir jumpa JDT

Mohamad Fazrul Amir Md Zaman cuba melepasi kawalan pemain Sarawak United pada aksi timbal balik kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, pada Isnin. - Foto Ihsan Kelantan FC
Mohamad Fazrul Amir Md Zaman cuba melepasi kawalan pemain Sarawak United pada aksi timbal balik kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, pada Isnin. - Foto Ihsan Kelantan FC
A
A
A
KOTA BHARU - Kelantan FC melangkah ke suku akhir Piala Malaysia meskipun melakar keputusan seri 1-1 pada aksi timbal balik kedua 16 pasukan terbaik di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Isnin.

Kelantan FC mara ke suku akhir menerusi kiraan agregat 2-1 selepas meraih kemenangan tipis 1-0 pada aksi pertama di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak minggu lalu dan dijangka akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pada perlawanan itu 'perwira 12' The Red Warriors (TRW) bersorak gembira apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 menerusi ayam tambatan mereka Nurshamil Ab Ghani.

Gol tersebut tidak menyentap semangat juang pelawat apabila acap kali mencemaskan kubu tuan rumah menerusi beberapa percubaan bahaya.

Usaha pelawat itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-31 apabila Raja Imran Shah Raja Amin berjaya merobek gawang gol Kelantan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Keputusan seri itu kekal hingga tamat babak pertama menyaksikan kedudukan agregat masih berpihak kepada TRW menerusi kedudukan 2-1.

Aksi babak kedua bertambah sengit apabila tuan rumah dan pelawat saling memperagakan aksi berbalas-balas serangan untuk menambah jaringan.

Peluang terbaik Kelantan FC mengukuhkan kedudukan hadir pada minit ke-62 namun sepakan Nurshamil jauh melambung ke udara.

Tuan rumah terus meningkatkan intersiti serangan ke arah kubu pelawat namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah sekali gus menyaksikan peluang terhidang gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Artikel Berkaitan:

Menuju 10 minit akhir perlawanan, Sarawak United meningkatkan serangan ke kubu Kelantan FC untuk mendapatkan jaringan penyamaan, bagaimanapun pertahanan tuan rumah kental bertahan.

Keputusan itu kekal sehingga wisel panjang ditiupkan oleh pengadil menyaksikan Kelantan FC ke pentas suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!