UMNO Melaka terbuka terima individu mahu bantu parti

Ab Rauf kiri ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas BN Negeri di MITC di Ayer Keroh, pada malam Isnin.
Ab Rauf kiri ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas BN Negeri di MITC di Ayer Keroh, pada malam Isnin.
A
A
A

MELAKA - UMNO Melaka bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang datang untuk membantu parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, dalam sebuah parti politik tiada rakan mahupun musuh yang kekal.

Siapa yang nak datang menyokong kita, dipersilakan.

"Ini membuktikan selama ini yang dipilih oleh rakyat Melaka sebuah kerajaan yang stabil, menjamin kemakmuran rakyat apa yang kita dapat sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas BN Negeri di MITC di Ayer Keroh di sini, pada malam Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara menyifatkan apa yang berlaku terhadap bekas ADUN Paya Rumput itu jelas menunjukkan Bersatu Melaka sudah terperangkap dengan agenda kepentingan bersama Pas.

"Hal itu menyebabkan Bersatu terpaksa mengorbankan tempat yang sepatutnya diletakkan inidividu terbabit.

"Maka naib presiden (Mohd Rafiq) merasa dirinya teraniaya sehingga sanggup berundur daripada jawatan tertinggi termasuk di peringkat cawangan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kalau kita nak tengok bagaimana kekuatan sebuah parti, kekuatan yang tetap ada pada satu kesatuan," katanya lagi.

Tambah beliau, seperti mana yang ada dalam UMNO, yang terpilih akan dipastikan menang, manakala tidak terpilih bersama menjuarai kemenangan.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, Mohd Rafiq mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu dan keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas beliau tidak dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tangga Batu walaupun telah enam tahun berkhidmat di kawasan itu sejak 2016.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!