Rina bertanding di Parlimen Sepang

Pimpinan PN pada Majlis Jelajah Prihatin di Sepang malam Isnin.
Pimpinan PN pada Majlis Jelajah Prihatin di Sepang malam Isnin.
A
A
A

SEPANG - Perikatan Nasional (PN) meletakkan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun di Parlimen Sepang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu pada Majlis Jelajah Prihatin di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, sebentar tadi.

"Siapa calon PN di Sepang? Dengan ini saya umumkan Rina sebagai calon PN di Parlimen Sepang," katanya.

Dengan pengumuman ini, Rina akan bertanding menentang Raj Muni Aiman Athirah dari Pakatan Harapan (PH) dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dari Gerakan Tanah Air (GTA).

Turut hadir, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin.

BN pula dijangka mengumumkan calon pada Selasa.

Pada PRU14 lalu, Rina yang bertanding atas tiket PH memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa mengalahkan calon BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad.

Beliau memperoleh 23,840 undi dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,139 undi, manakala Johari yang juga penyandang kerusi itu mendapat 19,701 undi dan Mohamad dengan 6,845 undi.

Artikel Berkaitan:

Manakala di Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Sepang selepas meraih 46,740 undi.

Mohamed Hanipa menewaskan calon BN, Datuk Marsum Paing dengan majoriti 18,705 undi.

Marsum mendapat sebanyak 28,035 undi manakala calon Pas, Sabirin Marsono memperoleh 15,882 undi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!