BN, PN umum senarai calon PRU15 esok

Ahmad Zahid, Muhyiddin
Ahmad Zahid, Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon-calon parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa.

Menerusi sebuah surat jemputan yang dihantar oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz pada Isnin, pengumuman tersebut dilakukan dalam Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Tun Husein Onn pada jam 8.30 malam.

Pengumuman berkenaan akan dilakukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jemputan tersebut diajukan kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Exco sayap bahagian melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, calon BN serta kepimpinan part peringkat negeri dan bahagian.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) juga mengumumkan senarai calon bertanding dalam PRU15 pada hari yang sama.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman pada jam 7.45 malam di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!