Annuar dakwa pemilihan calon BN tak ikut perlembagaan parti
SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemilihan calon BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak mengikut kaedah ditetapkan perlembagaan parti.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, spekulasi calon BN berlegar biarpun parti lawan sudah mengumumkan senarai calon mereka yang dikatakan sarat dengan personaliti 'big and heavyweight'.
Bakal calon sudah dibawa menandatangani dokumen dan akujanji tertentu sejak dua hari yg lalu...Justeru rumours (khabar angin) mula tersebar.
"Nampaknya, walau perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Isnin.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu mendakwa, biarpun Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO) diberi kuasa berunding bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT), senarai calon ditapis lagi oleh 'pihak lebih tinggi'.
"Janji kononnya bakal dipilih adalah para WALI (winnable, acceptable, and likeable), namun kedengaran sana sini banyak sudah 'winners' dipancung, terutama yang dekat dengan YAB PM. Tapi itu khabar angin (yang tidak semestinya tidak berasas).
"Apapun kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk merunding dan memilih. Menjadi calon tidak boleh diminta minta. Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah. Tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.
"Jika tidak, berkubur dua kali. Kurangkan spekulasi. Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi," jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!