Instagram tergendala, punca belum dikenal pasti

Gambar hiasan 123rf
Gambar hiasan 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan aplikasi Instagram (IG) mengalami masalah untuk diakses sejak jam 10 malam pada Isnin.

Instagramcomms menerusi kenyataan ringkas di Twitter memaklumkan pihaknya sedang meneliti masalah tersebut serta memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna.

Kami sedar bahawa sesetengah daripada anda menghadapi masalah mengakses akaun Instagram anda. Kami sedang meneliti dan memohon maaf atas kesulitan tersebut," jelasnya.

Susulan itu, ramai pengguna sosial media membanjiri Twitter milik Instagramcomms, menyatakan akaun mereka digantung dan hilang.

"Akaun saya kena gantung," kata Suroj Kumar.

"Ya, saya rasa apabila kita semua cuba menekan 'tidak bersetuju dengan keputusan', sistem secara automatik menolaknya dan menggantung akaun kita," kata Jax.

"Akaun saya telah digantung tanpa sebab dan sekarang tidak dapat mencari akaun saya," kata Maria.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!