Lalu lintas terganggu akibat ketam merah
PERTH - Berjuta-juta ekor ketam merah memulakan penghijrahan tahunan di Pulau Christmas, Australia baru-baru ini.
Lebih daripada 65 juta ekor ketam itu meredah laluan sepanjang 20 kilometer (km) dari hutan ke lautan untuk membiak.
Populasi haiwan itu telah berkembang dengan ketara sejak akhir-akhir ini.
Lautan merah kelihatan di Pulau Krismas yang indah ketika berpuluh juta ketam merah bergerak dari hutan hujan ke pantai untuk membiak.
Pergerakan beramai-ramai ketam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di pulau itu.
Pada kebiasaannya, banyak kenderaan dialihkan apabila haiwan itu berkerumun di jalan raya.
Sesetengah penduduk tempatan akan menggunakan kayu pencakar untuk menyapu ketam tersebut dari jalan raya.
Pengurus spesies asli Pulau Christmas, Derek Ball berkata, terdapat berjuta-juta jumlah ketam yang bergerak.
Menurutnya, ia hanya melibatkan tempoh beberapa hari tetapi pergerakan tersebut melibatkan bilangan yang besar. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!