Pogba tidak ikut Perancis pertahankan Piala Dunia

Pogba - Foto Agensi
Pogba - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah Perancis, Paul Pogba diketepikan daripada skuad Les Blues ke Piala Dunia 2022 di Qatar berikutan kecederaan, menurut ejennya.

Bekas bintang Manchester United itu yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis edisi Rusia 2018, menjalani pembedahan lutut pada September selepas perpindahannya ke Juventus tidak akan pulih tepat pada masanya untuk Qatar 2022

Pogba sebelum ini meneruskan latihan minggu lalu didapati mengalami kecederaan terbaharu di bahagian lutut lain.

“Berikutan semakan perubatan semalam dan hari ini di Torino serta Pittsburgh, dukacita dimaklumkan bahawa Paul Pogba masih memerlukan masa pulih daripada pembedahannya.

“Atas sebab ini, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum cuti rehat Piala Dunia mahupun skuad Perancis di Qatar. Jika situasi luar biasa berlaku mungkin Paul akan bermain esok,” kata ejen Pogba, Rafaela Pimenta.

Untuk rekod, rakan Pogba yang memenangi Piala Dunia, N'Golo Kante dari Chelsea, sebelum ini juga diketepikan daripada temasya itu kerana kecederaan hamstring.

Pogba mencipta sensasi apabila menjaringkan salah satu gol pada minit ke-59', ketika Perancis menjinakkan Croatia 4-2 Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018 di Stadium Luzhniki.

Les Blues akan menyingkap kempen Kumpulan D di Qatar 2022 menentang Denmark, Australia dan Tunisia yang bermula pada 20 November.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, gergasi Serie A, Juventus tidak menyatakan secara spesifik tempoh masa untuk penampilan semula peledak semula jadi Perancis tersebut, sebaliknya hanya menyatakan bahawa dia perlu meneruskan program pemulihannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!