Budak 18 tahun pacu kemenangan Roma
PEMAIN remaja berusia 18 tahun membantu Roma meraih kemenangan bermakna ketika membenam Verona 3-1 pada Selasa.
Cristian Volpato meledak satu jaringan dan membuat satu bantuan gol untuk melonjakkan Roma ke kelompok empat teratas Serie A.
Ketika keputusan hampir terikat 1-1, Volpato mengubah rentak permainan apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-88.
Volpato kemudian membuat hantaran untuk disudahkan dengan baik oleh Stephan El Shaarawy pada masa kecederaan dalam aksi di Stadio Bentegodi.
"Pengurus memanggil saya untuk memanaskan badan. Saya gembira, masuk dan menjaringkan gol yang mengubah keputusan," kata Volpato selepas penampilan sulungnya itu.
Roma ketika ini menghuni tangga keempat liga dengan 25 mata ketinggalan tujuh mata berbanding pendahulu Napoli.
Pada aksi tu pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi Pawel Dawidowicz pada minit ke-27.
Roma kemudian menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama hasil sentuhan Nicolo Zaniolo.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!