Pioli kekal bersama AC Milan sehingga tahun 2025

Pioli (tengah) meraikan kejayaan menamatkan penantian 11 tahun Scudetto bersama pemain Milan pada musim lepas.
Pioli (tengah) meraikan kejayaan menamatkan penantian 11 tahun Scudetto bersama pemain Milan pada musim lepas.
A
A
A

PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli sah akan kekal di San Siro sehingga tahun 2025 selepas beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu.

Perkara itu disahkan sendiri Milan dalam satu kenyataan pada Rabu yang memaklumkan mereka gembira untuk mengekalkan Pioli sebagai jurulatih utama pasukan selepas berjaya membawa kelab itu memenangi Scudetto pada musim lalu.

"Setelah memulakan kerja yang baik sehingga berjaya membawa kepada gelaran Serie A 2021-22, AC Milan dan Stefano akan terus mengusahakan projek bercita-cita tinggi, yang mencerminkan sejarah dan nilai kelab,” katanya.

Sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Milan, Pioli telah memenangi 87 daripada 153 perlawanan dengan 56.9 peratus kadar kemenangan yang merupakan rekod terbaik dalam mengendalikan mana-mana pasukan.

Milan ketika ini berada di kedudukan ketiga liga selepas mengumpul 26 mata dalam 12 perlawanan dengan dibezakan enam mata berbanding pendahulu Serie A, Napoli.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!