'Gambar tular harimau berkeliaran bukan di Malaysia'

Gambar seekor harimau dewasa yang tular dipercayai adalah berlaku Indonesia.
Gambar seekor harimau dewasa yang tular dipercayai adalah berlaku Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menafikan gambar seekor harimau yang tular di media sosial adalah di Sungai Kelambu, Banting, Selangor dan Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, dipercayai lokasi adalah di Indonesia berdasarkan gambar yang dikesan disiarkan di sebuah portal negara republik itu pada Mac lalu.

"Semakan awal dapati lokasi bukan di Sungai Kelambu (Banting) dan Sungai Terah (Gua Musang).

"Setakat jam 10 pagi hari ini (Selasa) tiada laporan diterima Perhilitan. Bagaimanapun, Perhilitan tetap menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tegasnya, Perhilitan turut mengingatkan kepada masyarakat agar tidak menularkan perkara yang tidak dipastikan kesahihannya.

Katanya, semak dengan pihak berwajib untuk pengesahan lanjut terlebih dahulu bagi mengelakkan kegusaran awam.

Pada Isnin, tular di aplikasi WhatsApp sekeping gambar dan rakaman suara mendakwa seekor harimau berkeliaran di kawasan kebun di Sungai Kelambu.

Selain itu, turut dikesan laporan media tempatan kegusaran penduduk kampung Kampung Gua Air dan pekerja Ladang Sungai Terah, Gua Musang yang dalam ketakutan dengan kemunculan seekor harimau belang dewasa di ladang sawit berhampiran kampung itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!