Rumah mampu milik untuk warga Wilayah Persekutuan
01 November 2022 | Lifestyle Video
A
A
A
Residensi Prihatin Keluarga Malaysia bakal atasi masalah pemilikan rumah
KUALA LUMPUR - Isu pemilikan rumah terutama dalam kalangan warga kota kini boleh dianggap kritikal atas beberapa faktor.
Harga rumah kini semakin meningkat, rakyat pula masih ramai belum mempunyai pendapatan stabil untuk menambah komitmen baharu bagi membeli rumah.
Kos sara hidup tinggi terutamanya di kota raya membuatkan ramai penduduk pening kepala memikirkan bagaimana mahu ada rumah sendiri. Sudahlah rumah sewa mahal, nak beli rumah sendiri pun kebanyakan rumah yang dijual hanya mampu tengok daripada mampu beli.
Ditambah pula negara sedang melalui fasa endemik selepas dua tahun dilanda pandemik Covid-19, yang menambahkan kesulitan rakyat dalam usaha memiliki rumah sendiri.
Kemelut ekonomi dan masalah inflasi termasuklah Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai lalu pula semakin menghimpit serta menyesakkan nafas bakal pembeli rumah terutamanya B40 dan golongan muda. Mungkin ramai yang terpaksa berputih mata sahaja dan bermimpi untuk ada rumah sendiri.
Keluh kesah dan dilema penduduk di tiga wilayah persekutuan itu sebenarnya sudah didengari dan difahami oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
Sebab itulah, KWP mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia pada 2021, bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah B40 dan juga golongan muda yang baru memulakan kehidupan di Wilayah Persekutuan mencapai impian mereka memiliki rumah sendiri yang selesa, mempunyai persekitaran selamat, berkualiti, sihat dan sejahtera.
Usaha ini juga merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan yang sentiasa menjadi agenda utama KWP, dalam usaha untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan masyarakat atau society safety net.
Ini adalah selari dengan teras Kesejahteraan Sosial, WKB dalam mencapai matlamat kerajaan menyediakan perumahan mencukupi dan mampu dimiliki bagi kelompok rakyat yang memerlukan.
Kaedah pelaksanaan RPKM
Untuk itu, KWP dengan Kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) kini sedang membangunkan sebanyak 11,001 unit Residensi Prihatin Keluarga Malaysia (RPKM) di Wilayah Persekutuan Putrajaya. RPKM ini melibatkan lapan projek RPKM di kawasan strategik di Presint 5, 7, 11 dan 19.
Kesemua lokasi ini terletak berdekatan dengan taman-taman awam yang indah. Selain itu, kemudahan awam lain juga mudah diakses termasuklah sekolah, pusat perniagaan dan lain-lain.
Projek-projek ini sedang dalam peringkat perancangan dengan pembinaan keseluruhannya dijangka siap sepenuhnya sehingga tahun 2025.
RPKM bukan sekadar projek perumahan biasa. Ini kerana setiap unit RPKM mempunyai keluasan minimum sebanyak 750 kaki persegi serta dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur, yard untuk kegunaan dobi dan satu unit tempat letak kereta berbumbung.
Selain itu, pelbagai kemudahan awam yang berkualiti dan bersifat menyeluruh juga disediakan untuk bakal penghuni.
Setiap unit dijual pada harga RM200,000.00 yang merupakan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Bila warga Wilayah Persekutuan dengar harga RPKM yang murah dan mampu milik itu, pastinya membuatkan hati mereka berbunga semula dan impian untuk ada rumah sendiri bakal jadi kenyataan.
RPKM bawa khabar gembira
Pelaksanaan program ini dilihat mampu mengatasi isu kesukaran pemilikan rumah di Wilayah Persekutuan terutama sekali kepada golongan muda.
RPKM memenuhi keperluan semasa dan kehendak warga penduduk Wilayah Persekutuan dan sekaligus menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang berdaya huni bagi semua lapisan masyarakat.
“Putrajaya ini kita tengok tidak padat sangat macam di Kuala Lumpur. Tempat pun strategik, dekat
dengan pusat pentadbiran, jadi bagi saya Putrajaya ini bagus (untuk dijadikan kawasan tempat tinggal),” ujar Hilmi, 24.
Afifa, 34, bersetuju bahawa lokasi RPKM yang di Putrajaya ini memang menarik dengan pelbagai kemudahan yang ada, sesuai sebagai rumah pertamanya.
“Putrajaya adalah satu kawasan yang membangun. Kalau tengok, perancangan bandar dengan landscape adalah strategik. Saya suka suasana di Putrajaya, lebih tenang, jauh daripada kesibukan bandar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tharmaraj, 36, pula menyatakan harga seunit RPKM yang memang mampu milik berbanding harga perumahan lain di pasaran pada masa ini membuatkannya tidak berfikir lama untuk mendaftar minat.
“Saya tengok harga hartanah lain memang jadi impian tak kesampaianlah. Saya gembira sebab berpeluang untuk miliki RPKM ini. Saya kena rebut peluang keemasan yang ada,” jelasnya.
Nizam, 41, pula menyatakan kemudahan yang ditawarkan dengan lokasi yang strategik di Putrajaya menarik minatnya untuk mendapatkan sebuah unit untuk dirinya, isteri dan tiga orang anak kecil.
"Saya sudah berkeluarga dan ini adalah rumah pertama saya, jadi bagi saya rumah RPKM ini memang terbaik dari segi harga, dekat dengan tempat kerja dan banyak kemudahan lain," katanya.
KWP merancang untuk memperluaskan lagi RPKM ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan agar dapat dinikmati oleh semua warga Wilayah Persekutuan.
Lebih ramai warga Wilayah Persekutuan dapat memiliki rumah sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa ini.