Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ismail Sabri, Muhyiddin, Anwar calon PM paling popular

01 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 NOVEMBER 2022

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tiga daripada empat calon Perdana Menteri yang menjadi pilihan utama pengundi menjelang PRU15.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, berdasarkan unjuran awal dibuat firma penyelidik politik itu, Datuk Seri Ismail Sabri berada di hadapan dengan sokongan 19 peratus responden pelbagai kaum, diikuti dengan Muhyiddin (13 peratus) dan Anwar (11 peratus).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjara, turut menjadi calon Perdana Menteri pilihan utama pengundi iaitu 11 peratus.

Artikel: https://bit.ly/3NmoCjM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15