PKR pertaruh Hasni di Parlimen Sembrong

Hasni (tengah) diumumkan sebagai calon PKR bagi Parlimen Sembrong.
Hasni (tengah) diumumkan sebagai calon PKR bagi Parlimen Sembrong.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Setiausaha Pengelola PKR Johor, Hasni Abas sebagai calon Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia antara tiga kerusi yang tidak diumumkan PKR ketika pengumuman 72 calon parti itu di Semenanjung pada Jumaat lalu.

"Hasni akan menggalas tanggungjawab berat untuk mencabar calon BN yang menjadi kerusi tradisi parti itu.

"Walau bagaimanapun, rekod PKR di Sembrong adalah menggalakkan pengurangan majoriti undi penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya hingga Sembrong menjadi kerusi marginal," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.

Dalam pada itu Rafizi memaklumkan, Hasni, 60, merupakan seorang aktivis Bahasa Melayu dan pendidikan dengan latar belakang sastera serta sains politik, selain pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Selain dikenali sebagai seorang penyajak, Hasni adalah tokoh nasional dalam bidang sastera dan aktivisme bahasa Melayu.

"Kami mengambil kira faktor, antaranya Sembrong mempunyai pengundi di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang tinggi dan belum pernah dimenangi oleh PKR.

"Oleh itu kami galaskan Hasni, selaku pejuang Bahasa Melayu untuk bertanding di kerusi tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, penyandang kerusi Parlimen Sembrong adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertahankan kerusi tersebut sejak empat penggal lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!