Amanah Pahang umum calon bertanding PRU15
KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang mengumumkan senarai calon bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada jam 3 petang Selasa.
Pengumuman itu akan dibuat oleh Pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed selepas pucuk kepimpinan tertinggi parti berkenaan selesai memuktamadkan pemilihan kerusi antara rakan gabungan dalam Pakatan Harapan (PH).
Dijangka sebanyak empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan oleh pemimpin dari Parti Amanah.
Pada 26 Oktober lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran DUN Pahang bagi mengadakan pilihan raya secara serentak dengan pembubaran Parlimen.
Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan Pas (lapan).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!