Selangor atasi segera kesesakan Persiaran Mokhtar Dahari

Kesesakan aliran trafik laluan Persiaran Mokhtar Dahari di Puncak Perdana pada Rabu.
Kesesakan aliran trafik laluan Persiaran Mokhtar Dahari di Puncak Perdana pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem aliran kontra atau 'contra flow' dilaksanakan di Persiaran Mokhtar Dahari bagi mengatasi masalah kesesakan di sana.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, sistem tambahan lorong itu telah bermula jam 4 petang pada Isnin.

Menurutnya, itu adalah tindakan segera yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran dan keselesaan lebih 100,000 penduduk di sana.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk terus mematuhi isyarat lalu lintas yang telah dipasang di kawasan ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Pelaksanaan aliran kontra bagi atasi masalah kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari. - Foto FB Izham Hashim.
Pelaksanaan aliran kontra bagi atasi masalah kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari. - Foto FB Izham Hashim.

26 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan keluhan pengguna jalan tersebut yang berdepan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak sejak dua minggu lalu.

Masalah itu berpunca kekurangan lorong kenderaan yang tidak mampu menampung aliran tinggi trafik di laluan tersebut.

Peningkatan kenderaan berlaku selepas pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada 14 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!