Antara calon BN Melaka disebut-sebut

BN akan umum calon PRU15 malam ini.
BN akan umum calon PRU15 malam ini.
A
A
A

MELAKA - Hanya tinggal beberapa jam sebelum BN mengumumkan calon-calon mereka, banyak spekulasi yang timbul berkenaan individu yang akan mewakili parti itu di parlimen negeri ini termasuk Parlimen Masjis Tanah.

Perikatan Nasional (PN) yang terawal mengumumkan penyandang Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan bertanding semula bagi mempertahankan kerusi itu.

Kemudiannya beberapa nama dalam BN turut disebut-sebut termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid untuk merampas kembali kubu kuat UMNO itu.

Pemilihan itu dibuat dipercayai kerana Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berusia 36 tahun itu tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, berbanding ketua-ketua pemuda di bahagian lain.

Malah lebih logik, kini individu itu menjawat jawatan penting sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Anak kepada Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid juga disebut-sebut akan bertanding di kampungnya sendiri di parlimen berkenaan mewakili wanita dalam parti itu, namun kesahihannya masih belum dipastikan lagi.

Sehingga kini juga Pakatan Harapan (PH) masih berdiam diri dan belum mengumumkan calon yang akan bertanding di Parlimen itu.

Bagaimanapun ramai menjangkakan individu bagi kerusi itu adalah daripada parti Amanah berdasarkan majoriti pengundinya adalah Melayu.

Artikel Berkaitan:

Antara individu yang akan mewakili PH dipercayai individu yang pernah bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN lalu.

Selain itu, kerusi panas di Parlimen Hang Tuah Jaya juga akan menyaksikan PH yang meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli Abdul Halim bakal dicabar individu merupakan anak jati Melaka yang berlatar belakangan akademik iaitu Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Dr Massila Kamalrudin namun masih belum diumumkan lagi kebenarannya.

Malah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad yang lebih mesra dipanggil YB Ron juga disebut-sebut untuk mempertahankan kubu BN di Parlimen Jasin.

Manakala di Parlimen Tangga Batu, BN yang dipercayai akan mempertaruhkan calon MCA dijangka akan mencalonkan ADUN klebang, Datuk Lim Bang Hong.

Sementara di Parlimen Alor Gajah yang sebelum ini dimenangi Bersatu pula, BN difahamkan akan meletakkan calon payung terjun yang bukan anak jati negeri itu.

Antara nama yang disebut termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan bagi memenangi hati pengundi.

Warna-warna PRU di Melaka bakal menyaksikan lima dari enam Parlimen berlaku pertembungan empat penjuru selepas Gerakan Tanah Air (GTA) Melaka juga mengesahkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen tidak termasuk Parlimen Kota Melaka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!