Pekerja kilang maut kemalangan

Keadaan kenderaan mangsa dalam kejadian di Kilometer 61 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pagi Selasa.
Keadaan kenderaan mangsa dalam kejadian di Kilometer 61 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pagi Selasa.
A
A
A

KUALA KRAI - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 61 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4 pagi.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori Mitsubishi Fuso sedang menunda sebuah lori Isuzu menggunakan sebatang besi yang diikat di bahagian belakang.

"Dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Padang Sembilan menuju ke bengkel di Kampung Keroh, Kuala Krai.

"Pemandu Perodua Bezza, Fairuz Zamry, 24, dan rakannya, Nur Ain Sofea Zakaria, 21, pula dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke rumah keluarga angkat di Kampung Pahi, Kuala Krai," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Menurut Suzaini, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar sisi kanan lori Isuzu.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

Tambah beliau, rakan mangsa mengalami kecederaan di leher, tangan dan kaki kanan manakala pemandu lori Isuzu berusia 43 tahun cedera ringan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suzaimi meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan diminta menyalurkan kepada polis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!