Pengerusi Bersatu Kedah lawan Tun M di Langkawi

Antara calon-calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding dalam PRU15 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Foto SINAR HARIAN / Rafeq Redzuan
Antara calon-calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding dalam PRU15 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Foto SINAR HARIAN / Rafeq Redzuan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Kedah, Mohd Suhaimi Abdullah diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Langkawi, sekali gus bakal berdepan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, dua pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal bertanding di kerusi yang disandang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bertanding di kerusi tradisinya di Pagoh manakala Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bersatu pula akan bertanding di Masjid Tanah manakala Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mempertahankan kerusi Indera Mahkota.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Pahang.

Artikel Berkaitan:


Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pula akan mewakili PN di kerusi Parlimen Bagan Serai menggantikan penyandang, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang digugurkan.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin akan menjadi calon PN bertanding di Parlimen Jerantut.

Pengumuman calon PN bagi Terengganu dan Kelantan akan berlangsung esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!