‘Saya yakin saya tak sesat di Tambun’
Beliau berasa yakin maksudnya adalah dia tidak sesat di Tambun, kawasan yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu.
“Saya yakin maksud (papan iklan) itu adalah kerana saya tidak sesat di Tambun kerana saya dibesarkan di sana.
“Kalau saudari datang (merujuk kepada wartawan) hati-hati kerana jalan di Tambun, dia banyak kampung dan berbelok tetapi kalau sesat cari saya,” katanya secara berseloroh.
Tambahnya dia turut berkata, papan tanda itu dinaikkan oleh rakan-rakannya dan mengucapkan terima kasih atas usaha tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sidang media khas pengumuman calon parti Perikatan Nasional (PN) itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada Selasa, papan iklan besar yang memperlihatkan wajah bekas menteri belia dan sukan itu dipercayai telah tular dan dinaikkan bagi meraih sokongan terhadap penyandang kerusi parlimen itu.
Perkataan pada papan tanda itu yang diterjemahkan 'tidak pernah kalah di Tambun' boleh juga ditafsir sebagai tidak pernah kalah atau sesat di Tambun.
Kawasan Tambun dikatakan 'panas' apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Oktober lalu secara rasmi mengumumkan bakal bertanding di kawasan itu pada PRU15, sekali gus menjadi pesaing Ahmad Faizal yang akan mempertahankan kerusi itu.
Ditanya berhubung saingannya Anwar yang dianggap sebagai ‘orang kuat’, Faizal menyifatkan pengerusi PH itu hanya sebagai orang biasa.
“Mungkin bagi awak orang kuat, tetapi bagi saya hanya orang biasa,” tambahnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!