Sikap pengguna punca utama nahas

Sebanyak tiga buah kereta rosak teruk dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan baru-baru ini. Gambar kecil: Zailani
Sebanyak tiga buah kereta rosak teruk dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan baru-baru ini. Gambar kecil: Zailani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sikap pengguna yang tidak mengutamakan aspek keselamatan jalan raya menjadi punca utama kemalangan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, 80 peratus kemalangan yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya.

"Berdasarkan kajian dan statistik angka kemalangan maut yang berlaku di negara ini, 80 peratus berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia (sikap).

"Sebanyak 20 peratus yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (kondisi, persekitaran, cuaca dan lain-lain)," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Katanya, JPJ sentiasa mengambil langkah-langkah konsisten dalam memastikan kelestarian keselamatan jalan raya di negara ini.

"Pelbagai langkah diambil demi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya merangkumi aspek advokasi, literasi, provokasi, notifikasi dan legislasi (legislation).

"Kesemua langkah ini diambil bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan," katanya.

Menurutnya, JPJ turut menjalankan Ops Road Worthiness di seluruh pejabat Puspakom seluruh Malaysia pada bulan Ogos lalu sebagai salah satu bentuk inisiatif berbentuk tindakan pencegahan.

Artikel Berkaitan:

Operasi penguatkuasaan sentiasa dijalankan JPJ dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan.
Operasi penguatkuasaan sentiasa dijalankan JPJ dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan.

"Sebanyak 1,008 notis saman yang telah melibatkan sebanyak 879 jenis kesalahan, seperti kesalahan teknikal, tiada lesen memandu dan lain-lain telah dikeluarkan.

"Pada amnya, semua kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala sebanyak enam bulan sekali meliputi bas, lori dan lain-lain manakala untuk teksi dan kenderaan e-hailing tempoh pemeriksaan adalah setahun sekali," katanya.

Tambahnya, sebagai tambahan, pihak JPJ melalui Bahagian Kejuruteraan Automotif telah meningkatkan kekerapan audit terhadap pematuhan standard pemeriksaan kenderaan oleh pihak Puspakom.

"Kekerapan audit ini ditingkatkan daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali bagi memastikan kualiti pemeriksaan di Puspakom adalah sentiasa di peringkat yang optima.

"JPJ bersama pihak berkuasa lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasa lain, sentiasa memastikan aspek keselamatan jalan raya di negara ini sentiasa berada di tahap yang terbaik.

"Ini demi melestarikan aspek pematuhan undang-undang dan peraturan di kalangan seluruh pengguna jalan raya di negara ini, khususnya yang melibatkan kenderaan berat atau komersial," katanya.

Operasi penguatkuasaan sentiasa dijalankan JPJ dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan.
Operasi penguatkuasaan sentiasa dijalankan JPJ dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan.

Kes kemalangan libatkan kenderaan berat

Lori pasir dalam perjalanan ke rumah MB rempuh tadika

27 Oktober 2022

JOHOR BAHRU - Sebuah lori membawa muatan pasir yang dalam perjalanan ke rumah Menteri Besar Johor di bandar raya ini hilang kawalan dan melanggar sekolah tadika swasta di Jalan Hassan Al-Attas 2 di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan pada jam 10.30 pagi itu berlaku apabila lori yang datang dari Kulai dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengalami masalah brek.

Pemandu lori barang kurier maut rempuh treler

19 Oktober 2022

BENTONG - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang treler di Kilometer (KM) 42 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak hala Barat pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun yang membawa muatan barang kurier meninggal dunia di tempat kejadian.

Lori pasir rempuh tiga kenderaan

13 September 2022

PETALING JAYA - Sebanyak tiga buah kereta rosak teruk dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!