Hojbjerg julang Spurs
PEMAIN sensasi, Pierre-Emile Hojbjerg muncul wira apabila meledak gol kemenangan Tottenham Hotspur ketika menewaskan Marseille 2-1, pada Rabu.
Kemenangan itu membolehkan Spurs menempah slot 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara.
Hojbjerg menyumbat gol ketika masa kecederaan memasuki minit kelima untuk Spurs muncul juara Kumpulan D, manakala Marseille tersingkir dari saingan Eropah.
Pada aksi itu, Marseille terlebih dahulu di depan pada penghujung babak kedua menerusi Chancel Mbemba.
Skuad bimbingan Antonio Conte itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan Clement Lenglet menyamakan kedudukan pada minit ke-54.
Jaringan lewat Hojbjerg membolehkan Spurs memintas Eintracht Frankfurt yang turut mara selepas menang 2-1 di Sporting Lisbon.
Penolong Pengurus Spurs, Cristian Stellini menyifatkan aksi pada babak pertama sebagai sukar, namun mereka tetap fokus dan kekal dalam permainan.
Memang teruk gol yang kami lepaskan kerana ia datang daripada sepakan sudut yang pantas diambil ketika kami belum bersedia.
"Ini pengajaran bagi kami tetapi pada babak kedua ada perubahan dan kami beraksi lebih baik," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!