'Terima kasih BN pilih saya di Kuala Selangor' - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA SELANGOR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berterima kasih kepada kepimpinan BN kerana memilih beliau mewakili parti itu di kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tengku Zafrul berkata, beliau berusaha memikul amanah itu dengan rasa syukur dan rendah hati selain bertekad untuk memenangi kerusi berkenaan.

Saya berjanji sekiranya terpilih akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen sebaik mungkin dan sepenuh hati untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Jelas Tengku Zafrul, peluang itu seharusnya dimanfaatkan beliau untuk mendengar sendiri keluhan dan permasalahan rakyat.

"Jika Kuala Selangor memilih saya, Insya-ALLAH sedaya upaya selesaikan permasalahan penduduk agar kualiti hidup dan sosio ekonomi dapat ditingkatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk di sini," kata beliau.

Artikel Berkaitan: