Saarani kekal tanding DUN Kota Tampan

Saarani
Saarani
A
A
A

IPOH - Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan buat penggal kelima pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menteri Besar Perak itu telah menyandang kerusi berkenaan sejak PRU tahun 2004 sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai kubu kuat BN.

Pengumuman itu dibuat sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu.

Pada PRU14, beliau menang dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Pas, Muhammad Rifaat Razman dengan majoriti 2,302 undi.

PRU15 ini, Pengerusi UMNO negeri itu dijangka berdepan dengan Mohd Jamil Yahya daripada Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (Amanah) daripada Pakatan Harapan (PH).

Saarani yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Disember 2020 pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dari tahun 2018 hingga tahun 2020.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan pada PRU14 lepas, BN menang di 27 kerusi kesemuanya menerusi calon UMNO.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!