Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi tawar pelbagai hadiah menarik

Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi yang diadakan pada 1 hingga 20 November serta hadiah yang bakal dimenangi.
Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi yang diadakan pada 1 hingga 20 November serta hadiah yang bakal dimenangi.
A
A
A

SHAH ALAM - Menyedari kepentingan golongan muda dan belia keluar mengundi, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA) mengambil inisiatif mengajak kumpulan tersebut terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Nasim Ralim berkata, pendekatan digunakan Pemuda GEMA menarik minat golongan muda dengan menganjurkan kempen Peraduan TikTok bertemakan #SatuJariTurunUndi.

Nasim
Nasim

Beliau yang juga Pengarah Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi berkata, usaha itu dilakukan apabila pihaknya mendapati masih ramai pengundi belia yang belum bersedia untuk keluar mengundi pada PRU-15 dengan menyatakan pelbagai alasan dan faktor tertentu.

Menurutnya, antara faktor tersebut adalah pengundi muda lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat, selain masih ramai tidak tahu nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih.

"Menyedari hakikat ini, pihak Pemuda GEMA dan Rasuah Busters merasa terpanggil untuk membawakan satu kempen Peraduan Tiktok bertemakan #SatuJariTurunUndi yang akan berlangsung bermula 1 November hingga 20 November ini.

"Melalui kempen ini, anak muda berumur 18 hingga 30 tahun berpeluang menyerlahkan bakat mereka dengan menyediakan bahan kreatif (creative content) melalui platform media sosial TikTok.

"Objektif utama adalah mengajak rakyat Malaysia khasnya pengundi baharu untuk turun mengundi, di samping menyuntik kesedaran bahawa Malaysia mampu ke arah lebih positif melalui peti undi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut, Nasim berkata, pihak Pemuda GEMA merasa cukup yakin dengan kreativiti luar kotak anak-anak muda untuk menyampaikan bahan bermesej melalui cara mereka sendiri.

Jelasnya, dengan sokongan padu Rasuah Busters dan berbekalkan pengalaman pasukan Pemuda GEMA sebelum ini, pihaknya menjangkakan peraduan itu mampu mencapai sasaran 5,000 penyertaan dan capaian tontonan 10 juta di media sosial TikTok.

Menurutnya, pelbagai hadiah menarik menanti peserta terbaik dan mereka yang bertuah.

Katanya, terdapat beberapa kategori hadiah yang ditawarkan antaranya hadiah utama berupa Iphone 14 Pro dan pelbagai hadiah mingguan serta cabutan bertuah mingguan yang bakal dimenangi.

"Kami berasa amat teruja untuk memulakan kempen peraduan ini dan berharap mendapat sambutan dalam kalangan anak-anak muda untuk sama-sama memeriahkan kehangatan PRU15 demi negara tercinta.

"Orang ramai yang berminat dengan kempen TikTok #SatuJariTurunUndi boleh mendapat maklumat lanjut di https://www.sigmagema.com/links/SatuJariTurunUndi bagi menyertai pertandingan ini," katanya.

Cabutan bertuah dan hadiah mingguan Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi.
Cabutan bertuah dan hadiah mingguan Peraduan TikTok #SatuJariTurunUndi.

Pemuda GEMA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (PPBM 8065/12) yang ditubuhkan pada tahun 2012 dengan tujuan membawa perubahan positif kepada anak muda Malaysia.

Sehingga kini, Pemuda GEMA mempunyai 12 cawangan negeri di seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!