Harga RON97, RON95, diesel kekal

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 hingga 9 November ini.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 hingga 9 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit tiga jenis produk petroleum tidak berubah bagi tempoh 3 hingga 9 November.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.95 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling.

Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!