Aminuddin cuti dua minggu jadi MB

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Datuk Seri Aminuddin Harun akan mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sepanjang dua minggu tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara tugas rasmi dan politik sepanjang tempoh itu.

"Dalam tempoh bermula 5 November hingga 19 November ini, saya juga tidak akan menghadiri sebarang majlis perasmian melainkan mesyuarat Exco yang berlangsung pada setiap hari Rabu.

"Saya juga tidak akan menggunakan kemudahan disediakan kepada Menteri Besar melainkan pengawal peribadi dan kediaman rasmi," katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aminuddin dari parti PH diumumkan bertanding di Parlimen Port Dickson.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji perkembangan laporan berita yang diberikan oleh semua media cetak dan elektronik hari ini yang disifatkan sama rata.

"Kalau dulu ada surat khabar nak menulis mengenai pembangkang pun susah, tetapi hari ini dua-dua pihak dapat liputan baik begitu juga di televisyen yang memberi perhatian kepada semua parti.

"Ini menunjukkan semangat demokrasi kita makin baik dan mula diterima," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!