Calon BN Parlimen Kuala Nerus masih jadi tanda tanya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KEMAMAN - Pucuk kepimpinan masih lagi berteka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan ditempatkan untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya masih menunggu satu lagi calon Parlimen yang akan diumumkan.

"Sekiranya barisan calon yang dicadangkan berjalan lancar, kita yakin akan menawan sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU15 di Terengganu.

“Insya-ALLAH kita boleh menang di Parlimen Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman, manakala Parlimen Kuala Nerus pula 50-50," katanya.

Ahmad Said
Ahmad Said

Beliau enggan mengulas lanjut atau mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung desas-desus penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang mungkin dicalonkan mewakili BN.

"Kita telah berbincang dengan presiden tentang keperluan di Kuala Nerus tapi masih tidak pasti perkembangan terakhir.

"Saya tidak boleh beri komen dan mengeluarkan kenyataan dan kita yakin ada jalan keluarnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!