Netanyahu raih kemenangan dalam pilihan raya Israel

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyah. - Foto EPA
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyah. - Foto EPA
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya Israel yang berlangsung kelmarin sekaligus mengekalkan jawatannya untuk penggal kelima.

Keputusan selepas 97 peratus undi dikira menyaksikan parti Likud pimpinannya dan sekutu berhaluan kanan meraih majoriti dengan memperolehi 65 daripada 120 kerusi di Knesset,menewaskan pesaingnya bekas ketua tentera Benny Gantz yang mengetuai Pakatan Biru dan Putih.

Kemenangan Netanyahu, 69, yang disokong presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandakan konfrontasi berterusan terutama melibatkan Gerakan Hamas di Gaza.

Ikrar menentang penubuhan negara Palestin dan rampasan kuasa di Tebing Barat semestinya menjadi antara agenda utama perdana menteri berkenaan selepas tindakan biadab AS mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Selain itu, Netanyahu juga dilihat bakal menjadikan Iran dan Lubnan sebagai sasaran seterusnya untuk mewujudkan konfrontasi baharu.

Terdahulu, Netanyahu mendakwa tindakan AS mengklasifikasikan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas adalah disebabkan pendapatnya yang diterima oleh Presiden Trump.

Dalam pada itu Presiden Trump melihat kemenangan Netanyahu sebagai peluang terbaik mencapai perdamaian dalam konflik Palestin-Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!